Beberapa hari yang lalu, saya dan Earny pergi ke Ah Mei Cafe di Hougang Point. Kedai itu menjual sandwic manis. Sandwicnya adalah Sandwic Kaya dan Sandwic Mentega Kacang. Roti yang dipakai juga bukan roti biasa. Ia adalah roti yang berwarna coklat yang dipotong dua. Kami memetik beberapa gambar. ( Tetapi gambarnya tidak akan di muat naikkan pada hari ini[: )
Kepada saya, Sandwic Kaya berasa lebih enak kerana ia bermanis-manisan dan kaya dengan zat telur. Earny pula suka Sandwic Mentega Kacang kerana mentega kacang dengan roti itu dan mentega beku tidak sangat popular. Dia juga berkata yang rasanya lain daripada yang lain. Ini menunjukkan yang sandwic bukan sahaja roti putih yang disapu dengan 'Tuna' atau telur dengan mentega dan lain-lain. Tetapi roti berwarna coklat juga ada.
Selepas itu kami pergi ke Compass Point into pergi ke Cafe Galilee yang terletak di Sengkang Community Library dan untuk ke Delifrance di sana. Selepas membeli sandwic daripada Delifrance, saya dan Earny sempat begambar. (:D) Setengah jalan di Compass Point, kami terserempak dengan Julaina yang sebenarnya ke sana untuk membeli makan malamnya. (LOL) Sebenarnya kami telah cuba menelefon Julaina dan Amalina tetapi mereka tidak menjawab pangilan telefon kami. Rupa-rupanya, telefon bimbit Julaina telah diambil oleh ibu-bapanya. (O.O)Selepas itu, kami pergi ke perpustakaan untuk mengambil gambar sandwic yang terdapat di situ dan juga untuk mencari lebih informasi tentang sandwic daripada koleksi buku yang terdapat di perpustakaan itu. Sejauh ini, kami belum lagi dapat buku yang 'relevant' untuk projek ini. Tetapi kami akan cuba lagi!
: DDDD
oleh;;
sharifah
1E5
helpp me pick up the pieces -xx
05:04